Penapis Carian, Pentadbir Tanpa Nama, Komen Saluran dan Banyak Lagi

Baca pengumuman asal dalam Bahasa Inggeris
Memperkenalkan Penapis Carian, Pentadbir Grup Tanpa Nama, Komen Saluran dan Banyak Lagi

Telegram Awan anda mempunyai banyak ciri, penuh dengan meme istimewa. Untuk membantu anda mencari jalan keluar, kami memperkenalkan Penapis Carian. Pembaharuan hari ini juga dilengkapi dengan Pentadbir Tanpa Nama untuk memperjuangkan kebebasan anda dan Komen Saluran untuk memastikan suara semua orang didengar.

Penapis Carian

Mulai sekarang, anda boleh menapis hasil carian mengikut jenis menggunakan tab baru: Media, Link, Fail dan lain-lain. Untuk mencari jangka masa tertentu, hanya taip “14 Ogos” atau “Kelmarin”. Menaip nama mana-mana orang, grup, saluran atau bot akan menambahkan penapis mengikut sumber.

Penapis carian ini boleh digabung, boleh mencari seuatu yang spesifik, contoh mesej dengan link, kirim pada Mar 2016, mengandungi perkataan “perahu”.

Pentadbir Grup Tanpa Nama

Telegram semakin diguna untuk merancang tunjuk perasaan untuk demokrasi dan kebebasan. Hari ini kami memperkenalkan alat baru untuk tunjuk perasaan yang lebih selamat.

Togol Kekal Tanpa Nama dalam kuasa Pentadbir untuk mengaktifkan mod Batman. Pentadbir tanpa nama akan tersembunyi dalam senarai ahli grup, dan mesej mereka dalam bual akan ditandatangani dengan nama grup, serupa dengan pos di saluran.

Pos dari pentadbir tanpa nama di grup

Komen Saluran

Bercakap mengenai Saluran, kami telah menambah butang komen pada pos di saluran dengan grup diskusi. Komen bukan sahaja muncul dalam benang yang selesa dan tersendiri, tetapi juga akan masuk ke dalam grup diskusi untuk memastikan semua orang dapat mengikuti diskusi dan mempermudah pentadbir untuk memastikan perbualan tetap berjalan lancar.

Jika anda bukan ahli kepada grup diskusi untuk satu-satu saluran, anda akan dibertiahu tentang balasan kepada komen anda melalui bual baru yang dinamakan Balasan.

Dalam masa terhad, anda boleh menguji ciri ini di saluran ini.

Jika anda ingin dayakan diskusi dalam saluran anda, sila ke Aturan Saluran > Diskusi.

Penambahan Android Luar Biasa

Ahli sihir Android kami tidak melupai untuk membawa animasi baru yang menarik. Untuk menikmatinya, cuba besarkan atau sembunyikan papan kekunci anda - atau tukar di antara tema siang dan malam anda dari menu di sebelah kiri. Anda juga akan dapat melihat popup beranimasi bila menghapus mesej, menukar notifikasi, menyimpan media, dll.

Sekiranya anda lebih dengan sesuatu yang praktikal, tekan lama pada gambar profil dalam grup bual untuk lihat dari jarak dekat. Dan jika anda mengguna akaun berbilang dalam satu aplikasi, anda kini boleh pratonton senarai bual akaun lain anda dengan menggunakan cara yang sama di swis akaun.

Lagi Emoji Beranimasi

Kami meneruskan usaha kami untuk menganimasikan setiap emoji yang ada. Untuk mendapatkan salah satu dari ini 👇 dalam mana-mana bual, kirimkan sahaja mesej dengan satu emoji.


Dan itu sahaja untuk hari ini, kita jumpa dalam komen.


30 September 2020
Pasukan Telegram

Berita Lain

스타 메시지, 고정된 선물, 검증 플랫폼 2.0 및 기타

오늘 업데이트는 콘텐츠 제작자와 공인이 프라이버시를 더 잘 제어할 수 있도록 하면서 그들의 인기를 수익화할 수 있는 새로운 방법을 제공합니다. 이제 수신 메시지를 필터링하고, 마음의 평화를 보호하며, Telegram Stars를 획득할 수 있습니다. 이 모든 것을 하면서도 청중과의 연결을 유지할 수 있습니다.
7 Mac 2025

AI 기반 스티커 검색, 개선된 동영상 및 기타 기능

오늘 업데이트에서는 AI로 수백만 개의 스티커를 검색하고, 현재 시간에 비디오 링크를 복사하고, 비디오의 커버 사진을 설정하고, 채널에서 유사한 봇을 탐색하면서 별로 반응할 수 있습니다 -- 그리고 더 많은 기능이 추가되었습니다.
12 Feb 2025

수집 가능한 선물 착용, 선물을 블록체인으로 이동, 채널로 선물 보내기 등

오늘 업데이트에서는 수집 가능한 선물을 이모지 상태로 착용할 수 있는 기능, 선물을 블록체인으로 이동하는 기능, 채널에 선물을 보내는 기능 등 6가지 새로운 기능이 Telegram에 추가되었습니다.
24 Jan 2025

수집 가능한 선물, 메시지 검색 필터 및 기타

오늘 우리는 2025년의 첫 번째 업데이트를 출시합니다. 이 업데이트에는 다른 사용자에게 전송하거나 다시 보낼 수 있는 수집 가능한 선물, 채팅 이벤트에 반응을 보낼 수 있는 기능, 메시지 검색 필터, 앱 내 QR 코드 스캐너 등 다양한 기능이 포함되어 있습니다.
1 Jan 2025